Sejarah pembangunan Windows 8

Pengumuman awal

Pembangunan Windows 8 bermula sebelum Windows 7 diedarkan[2] pada tahun 2009. Pada Januari 2011, semasa Pertunjukan Elektronik Pengguna (CES), Microsoft mengumumkan bahawa Windows 8 akan menambah sokongan bagi pemproses mikro ARM sebagai tambahan kepada pemproses mikro x86 daripada Intel, AMD dan VIA.[3][4]Pada 1 Jun 2011, Microsoft secara rasminya mendedahkan antara muka pengguna baharu Windows 8 di samping ciri-ciri tambahan semasa Taipei Computex 2011 di Taipei (Taiwan) oleh Mike Angiulo serta semasa sidang D9 di California (Amerika Syarikat) oleh Julie Larson-Green dan Presiden Windows Microsoft Steven Sinofsky.[5][6]Sebulan sebelum sidang BUILD diadakan, Microsoft membuka sebuah blog baru dipanggil "Membina Windows 8" untuk pengguna dan pembangun pada 15 Ogos 2011.[7]

Previu Pembangun

Tampilan paparan Windows 8 Previu Pembangun dijalankan pada sistem berbilang monitor, menunjukkan pelbagai ciri.

Microsoft mendedahkan ciri-ciri baharu Windows 8 serta pembaharuannya pada hari pertama sidang BUILD pada 13 September 2011.[8] Microsoft juga melancarkan Windows Previu Pembangun (binaan 8102) bagi Windows 8 pada hari yang sama, yang turut menyertakan SDK dan peralatan pembangun (seperti Visual Studio Express dan Expression Blend) untuk membangunkan aplikasi bagi antara muka baharu Windows 8.[9] Menurut Microsoft, lebih daripada 500,000 muat turun bagi previu pembangun tersebut dalam masa 12 jam terawal pelancarannya.[10] Previu Pembangun turut memperkenalkan skrin Start. Butang Start pada desktop membuka skrin Start dan bukannya menu Start.

Pada 16 Februari 2012, Microsoft menangguhkan tarikh luput previu pembangun. Asalnya ditetapkan tarikh luputnya pada 11 Mac 2012, kali ini keluaran tersebut ditetapkan semula tarikh luputnya kepada 15 Januari 2013.[11]

Previu Pengguna

Antara muka baharu File Explorer dalam Windows 8.

Pada 29 Februari 2012, Microsoft melancarkan Windows 8 Previu Pengguna, versi beta bagi Windows 8, binaan 8250. Buat pertama kalinya sejak Windows 95, butang Start kini tiada lagi pada palang tugasan, walaupun skrin Start masih boleh dibuka dengan mengklik penjuru bawah kiri skrin serta dengan mengklik Start pada palang Azimat.[12] Presiden Windows Steven Sinofsky berkata lebih daripada 100,000 perubahan telah dilakukan sejak versi pembangun mula diedarkan kepada umum.[12] Pada hari selepas pelancarannya, Windows 8 Previu Pengguna sudah dimuat turun lebih sejuta kali.[13][14] Seperti Previu Pembangun, Previu Pengguna ditetapkan tarikh luputnya pada 15 Januari 2013.

Previu Pelancaran

Pada sidang Hari Pembangun Jepun, Steven Sinofsky mengumumkan bahawa Windows 8 Previu Pelancaran (binaan 8400) akan dilancarkan pada minggu pertama bulan Jun.[15] Pada 28 Mei 2012, Windows 8 Previu Pelancaran (Edisi Cina Mudah Standard x64, bukan versi khas China, binaan 8400) telah dibocorkan dalam talian di pelbagai laman sesawang Cina dan BitTorrent.[16] Pada 31 Mei 2012, Windows 8 Previu Pelancaran dilancarkan kepada umum oleh Microsoft.[17]

Barangan tambahan pada Previu Pelancaran termasuklah penambahan aplikasi Sukan, Pengembaraan, dan Sukan, bersama-sama versi bersepadu Flash Player dalam Internet Explorer.[18] Tidak seperti Previu Pembangun dan Previu Pengguna, tarikh luput bagi previu pelancaran ini ditetapkan pada 16 Januari 2013.

Versi akhir

Pada 1 Ogos 2012, Windows 8 (binaan 9200[19]) dilancarkan kepada pengilang.[20] Microsoft merancang untuk melancarkan Windows 8 kepada umum pada 26 Oktober 2012.[21] Walau bagaimanapun, hanya sehari selepas pelancarannya kepada pengilang, satu naskhah versi terakhir Windows 8 Enterprise N (dihasilkan untuk pasaran Eropah) dibocorkan ke laman sesawang dan beberapa hari kemudian terdapat edisi Professional dan Enterprise dibocorkan bagi kedua-dua versi x86 dan x64.[22][23]

Rujukan

WikiPedia: Windows 8 http://www.anandtech.com/show/4665/native-usb-30-s... http://arstechnica.com/microsoft/news/2011/09/maki... http://www.buildwindows.com/ http://articles.businessinsider.com/2012-02-09/tec... http://news.cnet.com/8301-10805_3-20110049-75/wind... http://news.cnet.com/8301-10805_3-57419612-75/wind... http://news.cnet.com/8301-10805_3-57485894-75/wind... http://news.cnet.com/8301-13924_3-57360734-64/micr... http://www.engadget.com/2011/06/01/live-from-micro... http://www.engadget.com/2011/09/14/steve-ballmer-t...